KOMITMEN YANG TINGGI
PENGENALAN
Pada sekitar tahun
1980an, boleh dikatakan 10 buah motorsikal yang berada di jalanraya, 7 buah
daripadanya adalah dari model Honda Boon Siew. Sedar atau tidak nama Boon Siew
pada motorsikal Honda ini bukanlah datang dari Negara Jepun tetapi ia adalah
nama individu yang bertanggungjawab untuk membawa masuk motorsikal Honda
terbabit ke Malaysia iaitu mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew.
KEHIDUPAN
Datuk Loh Boon Siew
berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling
miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat
miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.
Sejak kecil lagi
beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan
untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun,
ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber
pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik.
Mereka berdua tidak
mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk
menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi
pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi
setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan
sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.
Hasil daripada wang
yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan
mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan
dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu
RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.
Setiap keuntungan
disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa
7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang
ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan
perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar
beberapa jenis motosikal keluaran British.
Dalam tahun 1958,
beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah
motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin
mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah
pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini
kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.
Motosikal Honda yang
dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat
rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal
sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling
diminati.
Beliau adalah orang
yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar
dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk
berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat,
sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan
antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Sehingga hari ini, nama Tan Sri
masih lagi setanding dengan ahli korporat yang ternama yang lain walaupun telah
meninggal dunia pada tahun 1995.
Sehingga kini legasi
Tan Sri masih kuat di Malaysia selagi motorsikal jenama Honda berada di atas
jalan raya Malaysia. Tugasan ini akan mengupas ciri-ciri keusahawanan yang ada
pada Tan Sri sehingga ia berjaya menjadikan beliau sebagai salah seorang
usahawan yang berjaya walaupun buta huruf dan tidak mempunyai sebarang latar
belakang akademik yang tinggi.
KESIMPULAN..
Beliau merupakan
usahawan yang mempunyai komitmen yang tinggi. Ini dibuktikan semasa melakukan
lawatan ke Osaka, Jepun pada tahun 1954, Tan Sri terlihat sebuah motorsikal
bersaiz kecil atau ‘cub’ yang didapati sesuai untuk dibawa masuk ke Malaysia.
Menurut sejarah, Tan Sri sanggup mengejar motorsikal terbabit untuk melihat
dengan lebih dekat lagi ciri-ciri motorsikal terbabit. Ini kerana beliau
berpendapat bahawa motorsikal jenis Honda tersebut amat sesuai untuk digunakan kerana
saiznya yang kecil dan ringan sesuai untuk orang Asia yang rata-rata bersaiz
kecil berbanding dengan motorsikal buatan Eropah.
Pada ketika itulah,
Tan Sri dapat melihat motorsikal Honda ‘cub’ sebagai satu peluang bagi beliau
untuk dijual di Malaysia. Lantaran itu, Tan Sri telah berjaya mempengaruhi
pengeluar motorsikal terbabit iaitu Honda Motor Japan Limited untuk melantik
beliau untuk menjadi pengedar tunggal motorsikal Honda di Malaysia.
Peluang ini telah
berjaya menjadikan Tan Sri sebagai usahawan yang berjaya. Kemampuan untuk
menghidu peluang yang ada jelas menjadi kelebihan bagi seseorang individu
Selain itu,
terbinanya kilang motorsikal yang pertama di Malaysia iaitu Boon Siew Assembly
Plant milik Boon Siew Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Pulau
Pinang. Dengan terbinanya kilang ini pada tahun 1969, motorsikal Honda tidak
lagi dipasang di Jepun tetapi ia dipasang di Malaysia seterusnya dapat
menjimatkan kos pemasangan dan jualan.
Dengan terbinanya
kilang ini, Boon Siew Sdn Bhd juga telah memperkenalkan beberapa model terbaru
motorsikal Honda bermula pada tahun 1971 iaitu model Honda S90Z. Pada hari ini,
terdapat pelbagai jenis motorsikal Honda yang berada di pasaran.
Dengan sikap inilah
yang memacu Tan Sri Loh Boon Siew untuk terus berjaya terutama dalam bidang
permotoran. Tidak semua usahawan mempunyai kemampuan untuk melihat ke hadapan
seperti Tan Sri. Sikap positif ini senjata utama di dalam usaha beliau untuk
terus bergerak maju di dalam industri permotoran Malaysia.
Walaupun Tan Sri
ialah seorang yang buta huruf dan tidak mempunyai latar belakang akademik yang
tinggi dan formal, ini tidak bermakna beliau tidak boleh menjadi seorang yang
berjaya. Berbekalkan dengan daya ingatan yang kuat dan semangat untuk maju dan
berjaya yang tinggi, Tan Sri berjaya untuk memanipulasi kemampuan daya ingatan
beliau untuk menjadi seorang yang berjaya. Ini terbukti dengan kejayaan Tan Sri
untuk mempengaruhi Honda Motor Limited Japan untuk melantik beliau sebagai
pengedar tunggal motorsikal Honda di Malaysia
Kemampuan beliau
untuk mempengaruhi pihak pengurusan Honda Motor Limited Japan ini dilihat
sebagai satu kejayaan yang besar bagi rakyat Malaysia. Ini disebabkan bukannya
mudah untuk mempengaruhi pihak pengurusan Honda Japan apatah lagi untuk membawa
produk keluaran mereka ke negara yang pernah dijajah oleh tentera Jepun. Dengan
persepsi rakyat Malaysia yang negative di mana timbul kemungkinan tidak ingin
atau tidak mahu membeli barangan keluaran negara yang pernah menjajah di
Malaysia iaitu Jepun, sedikit sebanyak tidak menggugat minat Tan Sri untuk
menjual motorsikal Honda di Malaysia.
Berbekalkan dengan
keyakinan tinggi yang ada pada Tan Sri terhadap motorsikal Honda ini, jualan
keseluruhan motorsikal Honda di Malaysia telah pun menjangkau lebih 2 juta unit
sehingga ke hari ini. Sikap yakin untuk berjaya, optimistik dan berfikiran
positif inilah yang telah menjadikan Tan Sri seorang usahawan yang berjaya.
Tan Sri juga dilihat
sebagai seorang yang mempunyai tahap komitment yang tinggi di dalam bidang permotoran.
Daripada seorang pelatih mekanik pada awal ketibaan beliau di Malaysia
sehinggalah beliau berjaya menjadi pengedar tunggal yang sah bagi mengedar dan
menjual motorsikal Honda. Komitmen beliau bukan sahaja tertumpu kepada
penjualan motorsikal Honda semata-mata tetapi atas dasar minat dan komitmen
yang tinggi beliau mendirikan kilang motorsikal yang pertama di Malaysia yang
terletak di Mak Mandin pada tahun 1969.
Untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya seperti Tan Sri Loh Boon Siew, seseorang itu hendaklah
mempunyai tahap komitment dan minat yang sangat tinggi terhadap bidang yang
diceburi. Dengan komitmen yang tinggi ini, ia dapat membantu individu terbabit
untuk menjadi seseorang yang yang berjaya dalam bidang yang diceburi.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home