Sunday, 6 November 2016

PROAKTIF   
DATUK WIRA (Dr.) HAJI AMEER ALI BIN MYDIN
                                                

                                                        Hasil carian imej untuk datuk wira dr ameer ali mydin


          Proaktif ialah usahawan yang bersikap positif dengan merangka dan mengawal tingkah laku yang dilakukan sebelum sesuatu perkara berlaku. Hal ini bertujuan untuk mengelak perkara yang tidak diingini dan memastikan proses perniagaan berjalan dengan lancar. Matlamat ,wawasan dan kemampuan diri merupakan pembakar semangat untuk terus berjaya. Oleh itu, idea yang kreatif dan bernas perlu ada pada seseorang usahawan bagi menarik minat pelanggan untuk membeli produk yang diniagakan. Dengan ini, usahawan akan lebih berhati-hati dalam pasaran dan sentiasa gigih mencari ruang dan peluang baru di luar bidang operasi perniagaannya.

Image result for pasaraya mydin

          Antara usahawan contoh yang dapat saya ketengahkan melalui sikap proaktif ini ialah Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Bin Mydin. Beliau dilahirkan pada 1928 di Pulau Pinang. Selepas kematian Tuan Mydin Mohamed,beliau telah menggantikan tempat bapanya sebagai pengurus bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad. Perniagaan beliau bermula pada tahun 1957,dimana beliau telah membuka sebuah kedai kecil di Kota Bahru,Kelantan. Bermula dari situ beliau terus berusaha untuk mengembangkan perniagaannya. Masalah kewangan yang dihadapi oleh beliau menyebabkan beliau bermula dengan simpanan sendiri dan cuba mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan. Berkat hasil usaha beliau, kini beliau berjaya mengembangkan perniagaannya dan membuka lebih 200 kedai termasuklah 12 pasaraya, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka dan 5 francais di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Selepas Tuan Mydin Mohamed meninggak dunia perniagaannya diteruskan oleh anaknya, Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin sebagai Pengarah Utusan Mydin. Perniagaan Mydin adalah kumpulan perniagaan runcit dan borong yang terbesar di Malaysia dimana jualan tahunannya mencecah RM1.6 billion setahun.


        Image result for pasaraya mydin 
          Pasaraya Mydin menawarkan barangan yang murah hargannya berbanding pasaraya yang lain. Bukti yang menunjukkan Datuk Wira Dr. Ameer Ali Bin Mydin adalah seorang yang bersikap proaktif ialah beliau selalu mencari peluang dalam pasaran untuk membawa lebih banyak manfaat kapada pelanggan. Selain itu, beliau juga memenuhi permintaan dalam pasaran dengan menawarkan barangan dengan harga yang berpatutan untuk bersaing dengan pesaing yang lain dalam pasaran. Anugerah yang diterima oleh Datuk Wira Dr. Ameer Ali Bin Mydin seperti Pemenang Anugerah Usahawan Tahun oleh Ernst & Young di bawah kategori Master Entrepreneur 2007, Brand Laureate SMEs Chapter Awards 2009 under the category of Personality Award dan banyak lagi merupakan salah satu bukti yang mana ia menunjukkan beliau seorang yang proaktif .

      Bukan itu sahaja, beliau juga mementingkan maklum balas daripada pelanggan dan tidak mengabaikannya begitu sahaja. Beliau akan mendengar suara pelanggan dan menggambil tindakan dengan segera bagi menangani masalah yang dihadapioleh pengguna supaya kehendak dan keperluan pelanggan dapat dipenuhi. Hal ini amat peting kerana pelanggan merupakan asset penting dalam sesebuah perniagaan dan tanpa pelanggan sesebuah peniagaan tidak akan maju.

      Oleh itu, kepuasan pelanggan terhadap barang dan perkhidmatan yang diberikan akan menunjukkan kejayaan sesebuah perniagaan dalam pasaran yang penuh dengan pesaing lain. Jadi, amatlah penting sifat proaktif ini kepada seseorang peniaga dalam mentadbir dan memajukan perniagaan mereka.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home