KREATIF
DAN INOVATIF
Seseorang usahawan
yang berjaya seharusnya
memiliki ciri-ciri kreatif
dan inovasi. Usahawan yang
kreatif boleh ditakrifkan
sebagai usahawan yang
sentiasa mempunyai idea
baru atau mencipta
sesuatu barangan yang lebih
menarik, unik dan
mempunyai kelebihan yang tersendiri jika
dibandingkan barangan yang
sedia ada di
pasaran. Inovasi pula bermaksud
seseorang usahawan yang
mampu untuk membuat
ubah suai atau menambah
fungsi pada sesuatu
barangan yang sedia
ada di pasaran supaya
menjadi lebih baik
dan lebih menarik. Ciri-ciri yang tersebut
amatlah penting kerana
seorang usawan yang
befikiran kratif dan
inovasi sahaja yang
mampu kekal untuk
berdiri lebih lama
seiring dengan perkembangan
dunia yang semakin
canggih. Pada era globalisasi
yang semakin pesat
ini seseorang usahawan
yang kretif dan
inovasi mampu menyaingi
pesaing-pesaing yang lain. Kreatif
dan inovasi juga
mampu menjadikan seseorang
usahawan itu bergerak
lebih pantas dan
maju kehadapan. Hal
ini secara tidak
lansung dapat menjamin
kestabilan mereka sebagai
seorang usahawan.
Usahawan yang kreatif
juga akan sentisa
memantau perkembangan di sekeliling mereka. Mereka akan
sentiasa membuat pembaharuan
atau penambahbaikan pada
produk yang mereka
keluarkan. Hal ini kerana
bagi mengelakkan daripada
mereka jauh ketinggalan
dibelakang. Pada era ini
semua orang sedang
bergerak pantas untuk
melangkah maju kehadapan.
Oleh itu, melalui kreatif dan
inovasi seseorang usahawan
mampu bergerak pantas
dalam membangunkan syarikat
mereka.
Tuan Haji Ramly
Bin Mokni, pengasas
Syarikat Ramly Burger. Beliau dikenali
oleh setiap lapisan
masyarakat melalui penghasilan
pertama produk beliau
iaitu daging burgernya
yang sedap dan
digilai pada waktu
ketika dahulu hingga
sekarang. Ciri kreatif
dan inovatif dapat
dicontohi melalui beliau.
Salah satu
contoh yang dapat
dikaitkan dengan ciri
kreatif dan inovasi
beliau ialah apabila
beliau mahu membuka
satu syarikat yang
mampu mengeluarkan daiging
yang halal kepada
masyarakat Malaysia yang
majoritnya merupakan penduduk
islam. Pada waktu
dahulu Malaysia hanya
mampu mengimport daging
untuk kegunaan harian
rakyat Malaysia. Permasalahan
ini dapat dikesan oleh
Dato’ Ramly apabila beliau
bekerja sebagai pemotong
daging di sebuah
pasar raya. Beliau telah
mengambil inisiatif untuk
memberi sumber daging
yang halal kepada
penduduk dengan membuka
syarikat yang mengeluarkan
daging yang dijamin
kehalalannya.
Selain itu,apabila
syarikatnya mula menempah
nama dalam pasaran,
beliau tidaklah hanya
duduk diam dengan
mengeluarkan satu produk
sahaja. Kini syarikat
Ramly telah terkenal
dengan produk sejuk
bekunya yang bervariasi.
Contohnya ialah pelbagai
jenis daging burger dengan
pelbagai perasa,. Selain
itu, Syarikat Ramly
juga mengeluarka produk
lain seperti ayam
goreng segera, frankfurter,
nugget, daging kisar
dan roti burger.
Tambahan lagi,
sifat kreatif dan
inovasi beliau juga
dapat dilihat melalui
perkembangan syarikat beliau
yang semakin bertambah
fungsinya. Contohnya, kalau dahulunya
Syarikat Ramly hanya mengeluarkan daging
mentah tetapi sekarang
beliau telah membuka
beberapa kiosk dibeberapa
tempat seperti di
Kuala Lumpur, Putrajaya,
Kedah, Selangor dan
juga Perak.
Ciri
kreatif dan inovatif
adalah amat penting
bagi setiap usahawan
di Malaysia ini
bagi mengekalkan kedudukan
mereka seperti sekarang
ini pada masa
akan dating. Hal
ini adalah kerana
kita bukan hanya
bersaing dalam negara
sahaja malahan satu
dunia. Masyarakat sekarang
amatlah suka akan
pembaharuan atau sesuatu
yang pekara yang
baharu yang bagi
mereka itu adalah
perkembangan hidup mereka
yang perlu mereka
cuba. Tambahan lagi, sesuatu
produk yang tiada
pembaharuannya akan menyebabkan
pengguna produk tersebut
berasa jemu dan
akan berpaling tadah
kepada produk yang
baharu. Hal ini secara
tidak langsung, akan
menurunkan kadar pelanggan
sesuatu produk itu
dan jika tidak
dipandang serius besar
kemungkinan sesuatu produk
itu boleh hilang
begitu sahaja pada
masa akan datang.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home