Sunday, 6 November 2016



JARINGAN 


FASHIONVALET.NETVIVYYUSOF&FADZAANUAR



Vivy Yusof bersama suaminya Fadzarudin Anuar yang bersama sama menerajui FashionValet.Net

























Pada abad ke 21 ini,usahawan berhadapan dengan pelbagai perubahan arus teknologi dan era globalisasi yang semakin pesat. Sebagai usahawan yang berjaya,pembinaan dari segi rangkaian perniagaan merupakan tunjang utama bagi memperoleh pelanggan.Perkara ini memang tidak dapat dinafikan lagi dan telah banyak diakui oleh usahawan yang terkemuka.Persoalannya,apakah yang dimaksudkan dengan rangkaian perniagaan?
Rangkaian perniagaan ialah hubungan yang wujud diantara beberapa individu dalam sesebuah perniagaan termasuklah peniaga,pelabur,pembekal atau pemborong serta pelanggan. Para usahawan perlu bijak membina rangkaian perniagaan mereka dalam mewujudkan usahasama atau join venture sesama mereka.Pembinaan rangkaian perniagaan juga dapat membantu usahawan melebarkan sayap perniagaan mereka dengan lebih luas dan cepat.Walau bagaimanapun, rangkaian perniagaan bukan sahaja tertumpu di kalangan usahawan sahaja. Malah hubungan baik ini perlulah diteruskan juga bersama pelanggan.Ini untuk memastikan perniagaan mereka sentiasa laris.
Nama Vivy Yusof sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat.Beliau yang hanya merupakan seorang mahasiswi yang mempunyai pengajian dalam bidang perundangan akhirnya bertekad untuk terjun ke bidang perniagaan fesyen sebagai karier.Kini,beliau merupakan pengasas FashionValet.net bersama suaminya,Fadzarudin Shah Anuar yang merupakan sebuah laman sesawang yang terkenal untuk membeli belah hasil kerja pereka tempatan yang tersohor.
Vivy yang kini bergelar ibu kepada dua orang anak tetap tampil dengan penampilan yang elegan.Tidak nampak tua pon.







Kalau nak berkunjung,sila sedia dari segi mental dan rohani.Pelbagai rona warna dan jenis yang memang terbaik dari ladang bak kata Nabil Ahmad.

Susun atur yang kemas dan ringkas membuatkan nampak eksklusif.

Beliau mengambil pengalamannya ketika menuntut di England serta minat beliau terhadap membeli belah sebagai batu loncatan untuk membuka rangkaian perniagaan berbentuk online ini.FashionValet dimulai dengan bermodalkan RM 100 000 yang diperolehi daripada simpanan serta pinjaman pada November 2010. (http://www.asianentrepreneur.org/vivy-sofinas-yusof-fashionvalet-interview/)
 Kemudian selepas dua tahun,mereka memenangi MyEG Make The Pitch Perfect 2 sebuah rancangan yang melibatkan usahawan yang terlibat bagi mendapatkan dana untuk perniagaan.Hal ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan perniagaan FashionValet di mata orang ramai.( https://www.digitalnewsasia.com/sizzle-fizzle-slow-burn/fashionvalet-more-than-makes-the-grade-on-make-the-pitch)
Beauty with brain

Walaupun pada permulaannya hanya 10 jenama sahaja yang terlibat tetapi hasil kerja keras mereka akhirnya membuahkan hasil apabila sekarang lebih kurang 400 jenama dan pereka fesyen seluruh Asia yang mengikat hubungan perniagaan dengan FashionValet.Disebabkan pencapaian FashionValet yang luar biasa ini,kini ramai syarikat terkemuka bertaraf antarabangsa seperti Elixir Capital,California berminat untuk melabur jutaan ringgit dalam perniagaan mereka. (http://www.dealstreetasia.com/stories/35837-35837/).Dengan penglibatan syarikat antarabangsa ini,nama FashionValet akan lebih mudah untuk memasuki pasaran antarabangsa kelak.Secara tidak langsung,jenama dan pereka tempatan juga dapat dikenali di mata dunia.FashionValet yang telah mempunyai tempat yang cukup gah di pasaran perniagaan kini tidak mempunyai masalah yang besar bagi menghadapi persaingan yang diperolehi sekelilingnya.Malah,pelbagai inovasi yang dilancarkan dan dipasarkan di FashionValet bagi menarik lebih ramai penggemar fesyen bagi melengkapkan lagi koleksi yang dikumpul mereka seiring dengan trend terkini.Vivy juga tidak ketinggalan dengan menampilkan produknya,Kumpulan Duck:The Alphabet Collection yang terdiri daripada 26 jenis pilihan keseluruhannya.(Utusan Online,Siti Airunnisa Alaui,Oktober 2016)
Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya,strategi dalam rangkaian perniagaan bagi meluaskan lagi perniagaan itu amatlah penting.Melalui hubungan rangkaian perniagaan yang stabil dan kukuh,perniagaan yang dijalankan oleh usahawan dapat melangkah dengan lebih jauh.Ini dapat mempertahankan nama perniagaan dalam persaingan serta dapat mencipta lebih banyak peluang perniagaan yang ada.Vivy dan suaminya membawa nama FashionValet dengan baik sekali melalui sumber jaringan perniagaan mereka.Sesebuah negara tidak akan mencapai taraf negara maju sekiranya tiada pencapaian dan penglibatan yang mambanggakan oleh usahawan.

Lepas ni,bolehlah rajin rajin singgah sebentar di laman FashionValet untuk tengok pelbagai koleksi pakaian yang memang mengikut trend terkini.Baru ada class.

K

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home