BIJAK MENCARI PELUANG
NANDO’S PERI-PERIchung lyyn
Kebelakangan
ini,banyak usahawan semakin aktif menggiatkan diri dalam perniagaan
mereka.Faktor persaingan yang semakin rancak di medan perniagaan juga
membuatkan para usahawan perlu membuka minda dengan lebih luas bagi
mempertarungkan perniagaan yang dijalankan oleh mereka.Ciri sebagai usahawan
berjaya perlu diterapkan dalam diri masing masing supaya perniagaan yang
diusahakan oleh mereka dapat melangkaui pasaran global.
Salah
satu ciri yang perlu diterapkan dalam setiap diri usahawan adalah kemampuan
melihat dan mencari peluang untuk perniagaan.Usahawan perlulah bijak meneliti
setiap peluang yang ada bagi memperluaskan lagi pasaran untuk perniagaan
mereka.Di samping itu,usahawan juga perlu melihat peristiwa atau kejadian sama
seperti orang lain tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut
adalah berlainan.Usahawan juga bukanlah hanya perlu melihat peluang yang ada
bahkan juga merebut setiap peluang terbabit.
 |
Ayam merupakan menu utama yang terdapat di Nandos serta disajikan bersama jenis sos yang pelbagai rasa.Pasti akan order berkali kali. |
 |
Pelbagai menu makanan yang sedap kebaboom di Nandos yang pasti membuatkan anda meleleh air liur. |
 |
Wanita hebat ini,Mac Chung Lynn merupakan Ketua Eksekutif francais makanan Nandos. |
Antara usahawan berjaya yang boleh
dijadikan ikon untuk hal ini tidak lain tidak bukan Mac Chung Lynn,CEO bagi
perniagaan francais makanan yang terkemuka Nando’s di Malaysia bahkan juga
Singapura.Pada mulanya,beliau hanya merupakan siswazah dari Universiti Of
Wales,England dan graduan dalam bidang seni bina.Beliau yang merupakan
pelanggan setia Nando’s di England akhirnya memberi ilham kepada beliau bagi
mencuba dalam bidang perniagaan francais makanan tersebut.Pada peringkat
awal,agak susah bagi beliau bagi memohon untuk mendapat lesen francais makanan
tersebut kerana Nando’s hanya berorientasikan perniagaan keluarga.(http://aseantradinglink.blogspot.my/2015/12/corporate-princess-13-mac-chung-lynn.html).Tetapi
beliau tidak cepat melatah dan cuba meyakinkan bahawa beliau dapat menjalankan
dengan baik sekaligus melepaskan kariernya sebagai sorang arkitek bagi
menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang baru ini.Beliau yang tidak mempunyai
apa apa pengetahuan tentang dunia perniagaan makanan tekun mempelajari ilmu
perniagaan yang dilontarkan oleh CEO Nando’s terbesar,Andrew Lynch.

Beliau membawa perniagaan
ini ke Malaysia dan membuka cawangan pertamanya di Bangsar pada tahun
1998.Namun kini,Nando’s berjaya menembusi pasaran Malaysia dengan cawangan
sebanyak 69 dan 11 buah cawangan di Singapura.Nando’s juga berjaya memperolehi
keuntungan yang berlipat ganda secara purata setahun. (http://www.lifestyleasia.com/444640/tastemakers-mac-chung-lynn-of-nandos-malaysia-and-singapore/ ). Malah,Nando’s turut
menjadi restoran makanan yang menjadi tumpuan utama generasi Y sekarang ini.Beliau
turut berkongsikan beberapa pengalaman beliau ketika jatuh bangun beliau
mengusahakan Nando’s sehinggalah Nando’s berada di tahap yang membanggakan ini.
Justeru
itu,kemampuan beliau dalam mencari peluang untuk membuka Nando’s sangat
mengagumkan.Walaupun perniagaan francais makanan di Malaysia pada tahap itu
tidak begitu popular,tetapi beliau tetap mengambil peluang itu dan melihat
sebagai kejayaan terhadap beliau pada masa akan datang.Kebijaksanaan beliau
dalam merebut peluang yang ada sehingga membawa Nando’s ke pasaran
antarabangsa.Para usahawan hendaklah pintar memahami konsep kemampuan melihat
dan mengambil peluang yang ada supaya dapat memberi keuntungan dalam
perniagaan.Hal ini penting bagi memastikan para usahawan berada di landasan
yang betul dalam legasi perniagaan yang diterokai mereka.
 |
Ayam yang telah dipanggang kemudian ditumpahkan lagi bersama sos rahsia resipi Nandos.Pasti selepas makan akan tambah berkali kali. |
 |
Salah satu cawangan Nandos di Aman Central.Boleh ajak mak pak,kekawan,buah hati datang makan.Dijamin halalan toyyiban. |
(Sumber rujukan usahawan :Norlela Zubir(2007)Buku 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia,PTS Publications and Distributors Sdn Bhd.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home