Wednesday, 16 November 2016

LOKUS KAWALAN DALAMAN
USAHAWAN BERJAYA - DATO’ ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN


Image result for dato' aliff syukri
Dato' Aliff Syukri Kamarzaman 

 Lokus kawalan dalaman merupakan antara ciri-ciri usahawan yang berjaya. Lokus kawalan dalaman bermaksud tahap kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan dirinnya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Bagi usahawan pula, mereka perlu mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi kerana ia akan memperlihatkan tahap keyakinan usahawan terhadap kebolehan dirinya sendiri. Tahap lokus kawalan yang tinggi akan membuatkan seseorang usahawan itu berasa yakin akan keputusan yang dibuatnya dan merasakan bahawa keputusan tersebut merupakan keputusan yang terbaik dan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak. Usahawan yang mempunyai lokus kawalan yang tinggi jugak merupakan seorang usahawan yang tidak mudah dioengaruhi oleh faktor luaran seperti khabar angin atau berita yang tidak sahih.

antara usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi ialah dato’ aliff syukri kamarzaman. dato’ aliff syukri kamarzaman yang dilahirkan pada 03 april 1987 di felda kechau ,kuala lipis, pahang. kini beliau berusia 28 tahun dan di anugerah sebagai pangakat dato.beliau juga bapa kepada 3 orang anak dan mempuyai seorang isteri iaitu datin nur shahida mohd rashid .Beliau merupakan pengasas produk kecantikan yang terkenal di Malaysia iaitu D’Herbs. Bermula dengan hanya 4 produk kini D’Herbs  sudah mempunyai lebih daripada 90 rangkaian produk kecantikan dan beroperasi di sebuah bangunan 4 tingkat.

Seperti usahawan yang lain, Dato’ Aliff Syukri juga mempunyai masalah untuk mendapatkan modal.  Permohonannya untuk mendapatkan pinjamn bank telah ditolak. Namun semangatnya tidak pernah padam.Setelah berfikir, akhirnya beliau cuba mendapatkan pinjaman dari rakan-rakan terdekat dan para peserta yang pernah mengikuti bengkel kecantikan beliau. Alhamdulillah, ikhtiar ini membuahkan hasil, dan menjadi titik permulaan kepada beliau untuk  peringkat yang lebih tinggi dalam perniagaan. Dengan bermodalkan RM100,000 yang dikumpul dari pinjaman awal dan duit terkumpul hasil perniagaan di pasar tani selama 2 tahun, sudah cukup membantu Dato’ Syukri membina jenama sendiri.

Image result for d' HERBS
Dato' Aliff Syukri sedang mempromosikan salah satu produknya 
       Walaupun sedar risiko muflis itu ada, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia.Pertubuhan awal syarikat D’Herbs Marketing dimana syarikat ini ditubuhkan pada September 2010,syarikat D’Herbs hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.Dan kini syarikat ini telah mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 syarikat ini  telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan.

Image result for d' HERBS

              Pada masa kini,D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dan syarikat ini juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat syarikat D’Herbs sehingga ke seluruh dunia.Syarikat D’Herbs juga mempunyai misi dan visi serta objektif


Walaupun pernah dicaci oleh saudara-mara kerana hanya berkelulusan SPM, namun Dato’ Aliff Syukri tidak pernah patah semangat. Berpegang teguh dengan prinsip sikit-sikit, lama- lama jadi bukit  itulah yang menaikkan semangat Dato’ Aliff Syukri untuk terus berusaha demi menggapai kejayaan . Lokus kawalan yang tinggi dalam diri beliau inilah yang membuatkan beliau tidak terpengaruh denngan kata- kata sindiran saudara-mara serta masyarakat terhadap dirinya. Ini membuktikan bahawa beliau merupakan seorang usahawan yang cekal dan tidak pernah berputus asa dengan apa yang terjadi.

Sunday, 13 November 2016


TOKOH USAHAWAN BERJAYA
DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI




Image result for HAJI RAMLY MOKNI
Dato’ Haji Ramly merupakan seorang tokoh usahawan Melayu Islam yang boleh kita jadikan contoh kepada usahawan-usahawan yang lain. Beliau sangat sinonim dengan pengeluaran makanannya iaitu burger Ramly. Terdapat banyak ciri usahawan yang boleh kita contohi daripada beliau. Beliau merupakan anak kelahiran Tanjung Piandang, Perak. Isteri beliau bernama Datin  Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Oleh itu, pendidikan beliau pada awalnya hanyalah diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, kehidupan yang serba kekurangan  telah menjadi penghalang beliau untuk mengejar cita-cita awal beliau iaitu untuk menjadi seorang doktor. Namun begitu, kini beliau telah memiliki beberapa cawangan syarikat hak milik keluarga beliau sendiri. Syarikat induk milik beliau ialah Ramly Mokni Holding Berhad. Selain itu, beberapa anak syarikat kecil milik beliau ialah Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd. Kejayaan tidaklah datang bergolek tanpa usaha yang gigih. Tambahan lagi, seseorang usahawan yang Berjaya semestinya memiliki beberapa ciri-ciri usahawan pada diri mereka.  Dalam kata-kata beliau semasa menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (keusahawanan) di Universiti Utara Malaysia baru-baru ini (12/11/2016),  “ Ciri-ciri yang ada dalam diri Rsulullah s.a.w. yang sentiasa optimistik, rajin, jujur, tanam keazaman yang tinggi dan tabah telah berjaya menghadapi segala cabaran dalam perniagaan    dan sifat-sifat ini telah menjadi tunjuk arah kepada saya dalam perniagaan”. Oleh itu, beberapa ciri-ciri uasahawan dapat dikaitkan dalam diri beliau seterusnya jadikannya sebagai contoh dan teladan.
Antara beberapa ciri-ciri usahawan yang ada dalam diri beliau ialah:


1.      Orientasi peluang:
Beliau telah menjadikan pengalaman bekerja dalam pelbagai bidang sebagai suatu pengetahuan dalam usaha mengeluarkan produk beliau sendiri. Beliau pernah bekerja sebagai buruh dan pekerja di dalam makanan sejuk beku sebelum beliau bekerja sebagai pemotong daging. Dalam jangka masa beliau bekerja, beliau telah mengambil peluang mempelajari proses membuat burger daging. Dalam pada masa yang sama, beliau juga bijak dalam mengambil peluang untuk mengeluarkan sendiri burger daging yang dijamin kehalalannya. Semasa menjadi pemotong daging, beliau mendapati pada waktu itu tiada daging yang dijamin kehalalannya kerana purata daging yang sedia ada adalah diimport dari luar negara.

2.        Kreatif dan inovatif:
Daripada pengeluar burger daging secara keccil-kecilan dimana beliau hanyalah membuka gerai kecil di sekitar Chow Kit, kini  belau telah memiliki syarikatnya sendiri. kreatif dan inovatif dapat dilihat dalam diri beliau melalui produk-produk keluaran beliau, dimana daripada hanya mengeluarkan burger daging sahaja kini beliau telah mengeluarkan pelbagai produknya lagi. Antaranya ialah roti burger, frankfurte, koktel, nugget, ayam, makanan laut dan daging kisar. Pertambahan produknya dari semasa ke semasa dapat membuktikan beliau seorang yang kreatif dan inovatif kerana sentiasa membuat perubahan mengikut permintaan pengguna pada masa itu.

3.         Lokus kawalan dalaman
Idea berkenaan dengan produk yang ingin dikeluarkan diperlekehkan oleh sesetengah pihak termasuk pihak bank. Oleh itu pada permulaan pembukaan   bisnesnya , beliau telah menggunakan modal daripada wang poket beliau sendiri dan mendapatkan bantuan pinjaman daripada Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad. Walaupun pada mulanya mereka beranggapan produk yang bakal dikeluarkan tidak menjamin pada masa akan datang tetapi beliau yakin pada diri beliau bahawa produk beliau akan terkenal juga suatu hari nanti. Mereka memandang rendah kerana beranggapan bahawa produk yang dikeluarkan adalah betentangan dengan tekak orang melayu. Namun begitu, persepsi mereka adalah bercanggah. Hal ini dapat dibuktikan melalui kadar masyarakat kini yang gemar makan burger berbanding nasi.

4.         Proaktif
Tercetusnya idea mengeluarkan produk ini adalah disebabkan oleh peratus penduduk di Malaysia ini yang majoritinya beragama Islam. Beliau mendapati pada masa itu (semasa beliau bekerja sebagai pemotong daging) sumber daging keluaran bumuputera yang halal tidak didapati atau mungkin wujud tetapi pada kadar yang sedikit sahaja. Oleh itu, beliau telah mengambil tindakan awal dengan merancang mengeluarkan produk daging yang dijamin kehalalannya dan kesuciannya. Dato’ Haji Ramly bin Mokni merupaan usahawan pertama yang mengasaskan burger di Malaysia. Tegasnya, tindakan yang beiau lakukan jelas menunjukkan beliau seorang yang proaktif ditambah lagi dengan seseorang yang pandai meihat peluang.

5.         Komitment yang tinggi
Komitmen yang tinggi dapat dilihat apabila beliau tetap dengan pendirian beliau bahawa produk yang beliau hasilkan akan mendapat permintaan yang tinggi pada masa akan datang. Pada permulaan beliau ingin membuat pinjaman dengan memberi idea ingin mengeluarkan produk burger buatan beliau sendiri, idea beliau telah ditolak kerana mereka berpendapat bahawa orang Malaysia tidak makan burger. Namun disebabkan komitmentnya yang tinggi, beliau masih juga meneruskan impian beliaudengan menggunakan duit simpanan beliau. Komitment yang tinggi juga dapat dibuktikan apabila beliau  dapat menangani semua isu-isu dan permasalahan yang berlaku di sepanjang beliau mentadbir syarikat beliau. Antara isu yang besar ialah apabila wujudnya unsur sabotaj kepada syarikat beliau dengan memuatkan dalam blog bahawa kehalalan produk beliau diragui. Namun berita palsu ini hanya menjadi berita hangat buat sementar. Isu ini juga tidak menganggu keuntungan syarikat beliau malah keuntungan yang diperolehi semakin meningka. Tambahan lagi, isu itu cuba telah  dikaitkan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa syarikat tersebut telah bertukar tangan dan hal ini yang telah menyebabkan kehalalan produk ini dipertikaikan.  Namun begitu, isu ini dapat ditanggani oleh beliau. Hal ini kerana sikap beliau yang tidak memandang rendah atau remeh kepada setiap masalah yang berlaku. Akhir sekali, sifat beliau sentiasa mengambil berat terhadap pandangan dan komen daripada pelanggan seterusnya menjadikan semua komen dan cadangan itu sebagai satu kaedah penambahbaikan kepada syarikat beliau.
Beliau juga pernah menyatakan bahawa beliau juga berpegang kepada lima prinsip kunci kejayaan beliau iaitu rajin, besungguh-sungguh dalam membuat sesuatu pekara, jujur kepada diri sendiri dan orang lain, membantu orang lain dengan ikhlas dan membayar zakat. Hasil kerja keras beliau selama 30 tahun ini, beliau telah dianugerahkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Dato’. Pingat ini telah dianugerahkan pada Disember 2009, oleh Sultan Selangor pada Hari Keputeraan Baginda. Antara anugerah yang pernah beliau terima ialah:


Image result for HAJI RAMLY MOKNI

     I.                      1982- Anugerah Projek Terbaik
    II.                     1984- Anugerah Usahawan Terbaik
  III.                     1984- Pembangunan Pelanggan Anugerah
  IV.                     1992-Anugerah Usahawan Jaya
   V.                     Tiga kali anugerah daripada Bank Pembangunan
  VI.                    2016 – Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (keusahawanan)
    (http://usahawanterbilang-berjaya.blogspot.my/2011/12/haji-ramly-bin-mokni.html)


Sunday, 6 November 2016

KOMITMEN YANG TINGGI

DATUK LOH BOON SIEW
PENGENALAN
Pada sekitar tahun 1980an, boleh dikatakan 10 buah motorsikal yang berada di jalanraya, 7 buah daripadanya adalah dari model Honda Boon Siew. Sedar atau tidak nama Boon Siew pada motorsikal Honda ini bukanlah datang dari Negara Jepun tetapi ia adalah nama individu yang bertanggungjawab untuk membawa masuk motorsikal Honda terbabit ke Malaysia iaitu mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew.
KEHIDUPAN
Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.
Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik.
Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.
Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.
Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.
Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.
Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.
Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Sehingga hari ini, nama Tan Sri masih lagi setanding dengan ahli korporat yang ternama yang lain walaupun telah meninggal dunia pada tahun 1995.
Sehingga kini legasi Tan Sri masih kuat di Malaysia selagi motorsikal jenama Honda berada di atas jalan raya Malaysia. Tugasan ini akan mengupas ciri-ciri keusahawanan yang ada pada Tan Sri sehingga ia berjaya menjadikan beliau sebagai salah seorang usahawan yang berjaya walaupun buta huruf dan tidak mempunyai sebarang latar belakang akademik yang tinggi.
KESIMPULAN..
Beliau merupakan usahawan yang mempunyai komitmen yang tinggi. Ini dibuktikan semasa melakukan lawatan ke Osaka, Jepun pada tahun 1954, Tan Sri terlihat sebuah motorsikal bersaiz kecil atau ‘cub’ yang didapati sesuai untuk dibawa masuk ke Malaysia. Menurut sejarah, Tan Sri sanggup mengejar motorsikal terbabit untuk melihat dengan lebih dekat lagi ciri-ciri motorsikal terbabit. Ini kerana beliau berpendapat bahawa motorsikal jenis Honda tersebut amat sesuai untuk digunakan kerana saiznya yang kecil dan ringan sesuai untuk orang Asia yang rata-rata bersaiz kecil berbanding dengan motorsikal buatan Eropah.
Pada ketika itulah, Tan Sri dapat melihat motorsikal Honda ‘cub’ sebagai satu peluang bagi beliau untuk dijual di Malaysia. Lantaran itu, Tan Sri telah berjaya mempengaruhi pengeluar motorsikal terbabit iaitu Honda Motor Japan Limited untuk melantik beliau untuk menjadi pengedar tunggal motorsikal Honda di Malaysia.
Peluang ini telah berjaya menjadikan Tan Sri sebagai usahawan yang berjaya. Kemampuan untuk menghidu peluang yang ada jelas menjadi kelebihan bagi seseorang individu
Selain itu, terbinanya kilang motorsikal yang pertama di Malaysia iaitu Boon Siew Assembly Plant milik Boon Siew Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Pulau Pinang. Dengan terbinanya kilang ini pada tahun 1969, motorsikal Honda tidak lagi dipasang di Jepun tetapi ia dipasang di Malaysia seterusnya dapat menjimatkan kos pemasangan dan jualan.
Dengan terbinanya kilang ini, Boon Siew Sdn Bhd juga telah memperkenalkan beberapa model terbaru motorsikal Honda bermula pada tahun 1971 iaitu model Honda S90Z. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis motorsikal Honda yang berada di pasaran.
Dengan sikap inilah yang memacu Tan Sri Loh Boon Siew untuk terus berjaya terutama dalam bidang permotoran. Tidak semua usahawan mempunyai kemampuan untuk melihat ke hadapan seperti Tan Sri. Sikap positif ini senjata utama di dalam usaha beliau untuk terus bergerak maju di dalam industri permotoran Malaysia.
Walaupun Tan Sri ialah seorang yang buta huruf dan tidak mempunyai latar belakang akademik yang tinggi dan formal, ini tidak bermakna beliau tidak boleh menjadi seorang yang berjaya. Berbekalkan dengan daya ingatan yang kuat dan semangat untuk maju dan berjaya yang tinggi, Tan Sri berjaya untuk memanipulasi kemampuan daya ingatan beliau untuk menjadi seorang yang berjaya. Ini terbukti dengan kejayaan Tan Sri untuk mempengaruhi Honda Motor Limited Japan untuk melantik beliau sebagai pengedar tunggal motorsikal Honda di Malaysia
Kemampuan beliau untuk mempengaruhi pihak pengurusan Honda Motor Limited Japan ini dilihat sebagai satu kejayaan yang besar bagi rakyat Malaysia. Ini disebabkan bukannya mudah untuk mempengaruhi pihak pengurusan Honda Japan apatah lagi untuk membawa produk keluaran mereka ke negara yang pernah dijajah oleh tentera Jepun. Dengan persepsi rakyat Malaysia yang negative di mana timbul kemungkinan tidak ingin atau tidak mahu membeli barangan keluaran negara yang pernah menjajah di Malaysia iaitu Jepun, sedikit sebanyak tidak menggugat minat Tan Sri untuk menjual motorsikal Honda di Malaysia.
Berbekalkan dengan keyakinan tinggi yang ada pada Tan Sri terhadap motorsikal Honda ini, jualan keseluruhan motorsikal Honda di Malaysia telah pun menjangkau lebih 2 juta unit sehingga ke hari ini. Sikap yakin untuk berjaya, optimistik dan berfikiran positif inilah yang telah menjadikan Tan Sri seorang usahawan yang berjaya.
Tan Sri juga dilihat sebagai seorang yang mempunyai tahap komitment yang tinggi di dalam bidang permotoran. Daripada seorang pelatih mekanik pada awal ketibaan beliau di Malaysia sehinggalah beliau berjaya menjadi pengedar tunggal yang sah bagi mengedar dan menjual motorsikal Honda. Komitmen beliau bukan sahaja tertumpu kepada penjualan motorsikal Honda semata-mata tetapi atas dasar minat dan komitmen yang tinggi beliau mendirikan kilang motorsikal yang pertama di Malaysia yang terletak di Mak Mandin pada tahun 1969.
Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya seperti Tan Sri Loh Boon Siew, seseorang itu hendaklah mempunyai tahap komitment dan minat yang sangat tinggi terhadap bidang yang diceburi. Dengan komitmen yang tinggi ini, ia dapat membantu individu terbabit untuk menjadi seseorang yang yang berjaya dalam bidang yang diceburi.


BERANI MENGAMBIL RISIKO


SAIFUL NANG (penerbitan)
Saya Bermula Dengan Apa Yang Ada Di Tangan ~ SAIFUL NANG
Fotografi itu mahal. Bagaimana saya mahu mulakan fotografi sedangkan saya ada RM90 sahaja dalam saku. Ibu dan ayah saya bukan orang kaya yang mampu beri pinjaman kepada saya. Tetapi dalam keadaan kita LAPAR mesti ada jalan untuk kita cari makan.
Saya gunakanlah akal untuk mencadangkan isteri kepada bekas pelabur saya yang gilakan fotografi dan partner saya selalu pening kepala dengan kos cuci filem dan beli filem. Maka saya cadangkan untuk beliau beli digital SLR.
Ketika itu saya dah jangka mereka akan ada masalah untuk menggunakannya. Almaklum umur di pertengahan abad. Tawaran saya, beli dan beri pada saya untuk guna 1 bulan supaya saya belajar sesuatu yang baru dan lepas sebulan saya ajarkan cara penggunaan DSLR itu dengan betul.
Beliau setuju.
Sekarang saya ada 1 bulan untuk jadikan kamera pinjam itu sehingga mampu menjadi kamera sendiri. Semua ruang iklan percuma saya manfaatkan termasuk hari-hari letak status mesej Yahoo Messenger dan spam senarai rakan di Yahoo Messenger dengan tawaran pakej fotografi perkahwinan.
Namun tiada satu pun yang minat. Ada yang bertanya pun mesti akan tanya, majlis perkahwinan apa yang pernah saya buat? Saya pun jawab, saya tidak pernah kendalikan mana-mana majlis lagi dan jika beliau mahukan maka beliaulah yang pertama.
Semuanya tidak sudi kecuali seorang pelanggan pertama saya yang bernama Lenny Sunatri bt. Sauji. Individu yang sanggup membayar lebih RM1000 untuk majlis perkahwinannya. Katanya,
“Aku tahu Sitai kalau cakap dia boleh maknanya mesti dia boleh dan tidak mengecewakan”.
Tetapi, majlis perkahwinan yang Lenny tempah pada bulan Ogos 2004 itu adalah untuk majlis pada Disember 2004. Deposit Lenny pun baru RM300, tak cukup nak beli kamera sendiri. Akhirnya, salah seorang dari rakan saya menjemput ke perkahwinan beliau berkonsep taman di Putrajaya.
Saya pun tawarkan perkhidmatan percuma. Tetapi saya nak guna gambar kawan saya ini untuk promosi. Dia setuju dan maaf saya tak dapat berikan nama beliau di sini kerana rumahtangga mereka tidak kekal lama (saya sangat sedih).
Itulah ketika di mana saya mula mengambil foto tanpa mengikut skrip biasa foto-foto perkahwinan tempatan ketika itu. Pendekatan candid dan bersahaja termasuk group photo sekali.
Rezeki Allah Datang Sekelip Mata Tanpa Diduga
Keesokan harinya, sebelum pengantin baru bangkit tidur saya sudah hantarkan promosi ke senarai rakan di Yahoo Messenger untuk mereka lihat http://saifulnang.fotopages.com untuk melihat foto mereka. Entri inilah entri pertama saya dalam fotopage itu dan ia masih wujud sampai sekarang walaupun rumahtangga mereka sudah tidak bertahan lagi.
Sejurus selepas itu, seperti yang saya mahu dan jangkakan. Mereka akan gembira kerana jurugambar rasmi mereka masih perlu ke kedai gambar hantar filem dan cuci gambar lalu scan dahulu baru masuk dalam web. Tapi gambar saya terus dah online.
Apabila gembira, habis semua bulletin board seluruh TM dan YM mereka semua mereka kongsikan link ke fotopage saya. Saya perhatikan trafik pada hari pertama sehingga 1000 pelawat.
Kesannya, dalam 2 minggu sahaja saya sudah berjaya memperolehi  5 orang pelanggan baru. Setelah dikumpul semua deposit mereka dengan nilaian tugasan melebihi RM13,000 ketika itu lalu saya berjaya mendapatkan kamera sendiri.
Semenjak itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi sehingga RM90 itu kini berubah menjadi sekumpulan syarikat yang cergas dalam perniagaan-perniagaan yang pelbagai.
Cerita saya tidak sekali-kali akan sama dengan cerita orang lain. Cerita ini sekadar menampakkan yang sebenarnya kita tak perlu cipta alasan untuk berjaya.
Cerita ini saya ceritakan apabila permohonan memasuki ke program Perantis Professional Photographer di Saiful Nang Academy (Rujuk http://on.fb.me/1N39DWf ) sebahagiannya menulis nota keluhan yang mereka tiada kamera, dan tidak berkemampuan dan sebagainya. Saya nasihatkan mereka, jika mereka tahu cerita saya dari awal, nescaya mereka akan malu untuk mengeluh.
RM90 dan kamera pinjam dengan makan nasi berlauk kuah sardin dan tinggal di rumah kolong serta keluarga yang miskin tetapi mampu bangkit jika kita benar-benar mahu bangkit.
Dari Sini Saya Belajar Ilmu Kehidupan Yakni Pengalaman
Dari mana saya belajar semua ini? Inilah pelajaran dari pengalaman.
Sebab itu, saya sangat yakin bahawa itulah jawapan mengapa ramai jurugambar hebat tidak pernah ke universiti untuk belajar fotografi. Di situ juga ada jawapan, mengapa saya rasa pendidikan kemahiran fotografi di Kolej Kemahiran selama 2 tahun itu terlampau lama dan ia boleh diringkaskan.
Kerana saya melaluinya. Semasa saya membelikan kamera digital kepada rakan bisnes saya untuk isterinya, itulah kali pertama saya kenal dan pegang DSLR.
Sebab itu juga saya percaya, dalam kurang 4 bulan sahaja, saya akan mampu ubah perantis saya yang kental dan cekal untuk menghabiskan pengajian mereka, sebagai seorang professional dan usahawan fotografi yang telah bertapak.
Sebab itu juga, saya wujudkan program SIJIL PERANTIS JURUGAMBAR PROFESSIONAL di bawah Saiful Nang Academy.

SAYA YAKIN, SEPERTI SAYA JUGA UNTUK JADI USAHAWAN BERJAYA, PELAJARAN TERBAIK SEBENARNYA ADA DI JALANAN DAN BUKAN DI RAK BUKU PERPUSTAKAAN. ~ SAIFUL NANG

BIJAK MENCARI PELUANG

NANDO’S PERI-PERIchung lyyn




Kebelakangan ini,banyak usahawan semakin aktif menggiatkan diri dalam perniagaan mereka.Faktor persaingan yang semakin rancak di medan perniagaan juga membuatkan para usahawan perlu membuka minda dengan lebih luas bagi mempertarungkan perniagaan yang dijalankan oleh mereka.Ciri sebagai usahawan berjaya perlu diterapkan dalam diri masing masing supaya perniagaan yang diusahakan oleh mereka dapat melangkaui pasaran global.
Salah satu ciri yang perlu diterapkan dalam setiap diri usahawan adalah kemampuan melihat dan mencari peluang untuk perniagaan.Usahawan perlulah bijak meneliti setiap peluang yang ada bagi memperluaskan lagi pasaran untuk perniagaan mereka.Di samping itu,usahawan juga perlu melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan.Usahawan juga bukanlah hanya perlu melihat peluang yang ada bahkan juga merebut setiap peluang terbabit.

Ayam merupakan menu utama yang terdapat di Nandos serta disajikan bersama jenis sos yang pelbagai rasa.Pasti akan order berkali kali.

Pelbagai menu makanan yang sedap kebaboom di Nandos yang pasti membuatkan anda meleleh air liur.


Wanita hebat ini,Mac Chung Lynn merupakan Ketua Eksekutif francais makanan Nandos.






        


          Antara usahawan berjaya yang boleh dijadikan ikon untuk hal ini tidak lain tidak bukan Mac Chung Lynn,CEO bagi perniagaan francais makanan yang terkemuka Nando’s di Malaysia bahkan juga Singapura.Pada mulanya,beliau hanya merupakan siswazah dari Universiti Of Wales,England dan graduan dalam bidang seni bina.Beliau yang merupakan pelanggan setia Nando’s di England akhirnya memberi ilham kepada beliau bagi mencuba dalam bidang perniagaan francais makanan tersebut.Pada peringkat awal,agak susah bagi beliau bagi memohon untuk mendapat lesen francais makanan tersebut kerana  Nando’s  hanya berorientasikan perniagaan keluarga.(http://aseantradinglink.blogspot.my/2015/12/corporate-princess-13-mac-chung-lynn.html).Tetapi beliau tidak cepat melatah dan cuba meyakinkan bahawa beliau dapat menjalankan dengan baik sekaligus melepaskan kariernya sebagai sorang arkitek bagi menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang baru ini.Beliau yang tidak mempunyai apa apa pengetahuan tentang dunia perniagaan makanan tekun mempelajari ilmu perniagaan yang dilontarkan oleh CEO Nando’s terbesar,Andrew Lynch.


Beliau membawa perniagaan ini ke Malaysia dan membuka cawangan pertamanya di Bangsar pada tahun 1998.Namun kini,Nando’s berjaya menembusi pasaran Malaysia dengan cawangan sebanyak 69 dan 11 buah cawangan di Singapura.Nando’s juga berjaya memperolehi keuntungan yang berlipat ganda secara purata setahun.  (http://www.lifestyleasia.com/444640/tastemakers-mac-chung-lynn-of-nandos-malaysia-and-singapore/ ). Malah,Nando’s turut menjadi restoran makanan yang menjadi tumpuan utama generasi Y sekarang ini.Beliau turut berkongsikan beberapa pengalaman beliau ketika jatuh bangun beliau mengusahakan Nando’s sehinggalah Nando’s berada di tahap yang membanggakan ini.
Justeru itu,kemampuan beliau dalam mencari peluang untuk membuka Nando’s sangat mengagumkan.Walaupun perniagaan francais makanan di Malaysia pada tahap itu tidak begitu popular,tetapi beliau tetap mengambil peluang itu dan melihat sebagai kejayaan terhadap beliau pada masa akan datang.Kebijaksanaan beliau dalam merebut peluang yang ada sehingga membawa Nando’s ke pasaran antarabangsa.Para usahawan hendaklah pintar memahami konsep kemampuan melihat dan mengambil peluang yang ada supaya dapat memberi keuntungan dalam perniagaan.Hal ini penting bagi memastikan para usahawan berada di landasan yang betul dalam legasi perniagaan yang diterokai mereka.
Ayam yang telah dipanggang kemudian ditumpahkan lagi bersama sos rahsia resipi Nandos.Pasti selepas makan akan tambah berkali kali.

Salah satu cawangan Nandos di Aman Central.Boleh ajak mak pak,kekawan,buah hati datang makan.Dijamin halalan toyyiban.


















(Sumber rujukan usahawan :Norlela Zubir(2007)Buku 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia,PTS Publications and Distributors Sdn Bhd.