LOKUS
KAWALAN DALAMAN
USAHAWAN
BERJAYA - DATO’ ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN
![]() |
Dato' Aliff Syukri Kamarzaman |
Lokus kawalan dalaman merupakan antara
ciri-ciri usahawan yang berjaya. Lokus kawalan dalaman bermaksud tahap
kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan dirinnya tanpa dipengaruhi
oleh faktor-faktor luaran. Bagi usahawan pula, mereka perlu mempunyai lokus
kawalan dalaman yang tinggi kerana ia akan memperlihatkan tahap keyakinan
usahawan terhadap kebolehan dirinya sendiri. Tahap lokus kawalan yang tinggi
akan membuatkan seseorang usahawan itu berasa yakin akan keputusan yang
dibuatnya dan merasakan bahawa keputusan tersebut merupakan keputusan yang
terbaik dan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak. Usahawan yang mempunyai
lokus kawalan yang tinggi jugak merupakan seorang usahawan yang tidak mudah
dioengaruhi oleh faktor luaran seperti khabar angin atau berita yang tidak
sahih.
antara
usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi ialah dato’ aliff
syukri kamarzaman. dato’ aliff syukri kamarzaman yang dilahirkan pada 03 april
1987 di felda kechau ,kuala lipis, pahang. kini beliau berusia 28 tahun dan di
anugerah sebagai pangakat dato.beliau juga bapa kepada 3 orang anak dan
mempuyai seorang isteri iaitu datin nur shahida mohd rashid .Beliau merupakan
pengasas produk kecantikan yang terkenal di Malaysia iaitu D’Herbs. Bermula
dengan hanya 4 produk kini D’Herbs sudah
mempunyai lebih daripada 90 rangkaian produk kecantikan dan beroperasi di
sebuah bangunan 4 tingkat.
Seperti
usahawan yang lain, Dato’ Aliff Syukri juga mempunyai masalah untuk mendapatkan
modal. Permohonannya untuk mendapatkan
pinjamn bank telah ditolak. Namun semangatnya tidak pernah padam.Setelah
berfikir, akhirnya beliau cuba mendapatkan pinjaman dari rakan-rakan terdekat
dan para peserta yang pernah mengikuti bengkel kecantikan beliau.
Alhamdulillah, ikhtiar ini membuahkan hasil, dan menjadi titik permulaan kepada
beliau untuk peringkat yang lebih tinggi
dalam perniagaan. Dengan bermodalkan RM100,000 yang dikumpul dari pinjaman awal
dan duit terkumpul hasil perniagaan di pasar tani selama 2 tahun, sudah cukup
membantu Dato’ Syukri membina jenama sendiri.
Dato' Aliff Syukri sedang mempromosikan salah satu produknya |
Walaupun sedar risiko muflis itu ada,
namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D’ Herbs
Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di
Malaysia.Pertubuhan awal syarikat D’Herbs Marketing dimana syarikat ini
ditubuhkan pada September 2010,syarikat D’Herbs hanya beroperasi di lot kedai
di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu
Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan
Bibir.Dan kini syarikat ini telah mengorak langkah maju setapak kehadapan
dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang
kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.Bermula dengan hanya
beroperasi di tingkat 2 syarikat ini
telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi
melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan.
Pada masa kini,D'Herbs telah
menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di
Malaysia, Singapura dan Brunei dan syarikat ini juga berazam untuk menjadi
salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran
dan matlamat syarikat D’Herbs sehingga ke seluruh dunia.Syarikat D’Herbs juga
mempunyai misi dan visi serta objektif
Walaupun
pernah dicaci oleh saudara-mara kerana hanya berkelulusan SPM, namun Dato’
Aliff Syukri tidak pernah patah semangat. Berpegang teguh dengan prinsip
sikit-sikit, lama- lama jadi bukit
itulah yang menaikkan semangat Dato’ Aliff Syukri untuk terus berusaha
demi menggapai kejayaan . Lokus kawalan yang tinggi dalam diri beliau inilah
yang membuatkan beliau tidak terpengaruh denngan kata- kata sindiran
saudara-mara serta masyarakat terhadap dirinya. Ini membuktikan bahawa beliau
merupakan seorang usahawan yang cekal dan tidak pernah berputus asa dengan apa
yang terjadi.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home